Teks Oleh : Roslina Awang
Entri 8
Setiap individu memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan.
Namun begitu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat sejak kecil lagi. Kebanyakan mereka menggemari makanan berkolestrol tinggi, malas bersenam, banyak merokok dan makan berlebihan. Faktor ini membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Oleh itu...bagi mengelakkan pelbagai masalah penyakit berbahaya ini, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di bawah ini ada beberapa langkah untuk gaya hidup sihat yang perlu di amalkan demi kesihatan dan kebahagiaan masa depan anda.
Langkah-langkah Untuk Hidup Sihat
1. Cukup Rehat
Istirehat dan tidur yang cukup dapat
mengurangkan tekanan dan
menenangkan tubuh badan serta minda.
Ia juga dapat menjaga daya tahan tubuh.
Tidur yang berkualiti iaitu selama 6 jam
akan membuatkan anda segar sepanjang
hari.
Selain itu proses metabolisma juga dapat
berjalan lancar dengan rehat yang
mencukupi.
2. Pemakanan Yang Sihat
Merupakan amalan utama untuk
menjalani gaya hidup yang sihat.
Pemakanan yang sihat membantu kita
mendapat tubuh badan yang sihat dan
mengelakkan badan kita menjadi gemuk.
Makanlah dengan kuantiti yang wajar
dan tidak berlebihan. Makan berlebihan
boleh membuatkan badan kita gemuk
dan risiko mendapat penyakit lain
adalah tinggi. Lebihkan makanan
berserat dalam menu anda seperti
sayuran, buah-buahan dan kekacang.
Sentiasalah memastikan agar makanan
yang di ambil di cuci bersih dan dimasak
atau disediakan dengan sempurna.
3. Persekitaran Yang Bersih
Memastikan kebersihan diri dan
persekitaran juga penting sebagai
amalan gaya hidup sihat. Kebersihan
dapat menghalang wabak penyakit dari
terus merebak dan membawa risiko
untuk anda mendapat penyakit lain.
4. Pemeriksaan Kesihatan
Jangan tunggu sakit je untuk buat
pemeriksaan. Pemeriksaan kesihatan
berkala ini perlu dilakukan bagi
mengesan simptom penyakit yang boleh
meragut nyawa. Pengesanan penyakit di
peringkat awal membolehkan
memastikan cara mencegah dan rawatan
terperinci yang perlu dilakukan.
5. Beriadah & Bersenam
Bersenam dan beriadah untuk kesihatan
dan rohani. Bersenam dapat
mengeluarkan peluh dan toksin dalam
badan (dikeluarkan melalui peluh).
Lakukan walaupun hanya 10 minit
sehari atau 3 kali seminggu.
Ibu bapa memainkan peranan
membawa anak-anak beriadah agar
mereka mendapat kesihatan yang baik.
Di samping dapat mengeratkan lagi
hubungan dengan anak-anak. Kesannya
anak-anak mampu membina imunisasi
terhadap serangan penyakit.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan
ialah senamrobik, bersukan, berjogging,
berbasikal, berenang dan sebagainya.
Beriadah dapat membawa ketenangan
dan kecergasan kepada tubuh badan dan
minda anda.
6. Minum Air Secukupnya
Amalkan minum air suam, air putih atau
air mineral yang banyak sekurang-
kurangnya 6-8 gelas sehari. Air berfungsi
membantu proses membuang toksin
dalam badan, menjaga kesihatan kulit
dan juga bentindak membakar kalori
dalam badan.
7. Berfikiran Positif
Tidak dinafikan, hidup kita ini penuh
dengan pancaroba kehidupan. Di dalam
tubuh yang sihat terdapat fikiran yang
tenang dan sihat juga. Maka selalulah
berfikiran positif terhadap segala
permasalahan yang datang.
8. Berhenti Merokok
Seperti yang anda tahu merokok
membahayakan kesihatan anda dan juga
orang sekeliling. Tabiat merokok
merisikokan seseorang mendapat
penyakit paru-paru dan jantung dan
lebih 40 jenis penyakit yang boleh
membawa maut. Terdapat 4000 bahan
kimia di dalam rokok dan 250
daripadanya berbahaya kepada
kesihatan manusia.
Jadilah orang yang bijak. Katakan tidak
kepada merokok. Dapatkan nasihat
doktor untuk menangani masalah
ketagihan dan cara berhenti merokok.
9. Tangani Stress/Tekanan
Semua orang mempunyai masalah dan
tekanan hidup. Antara punca yang
menyebabkan tekanan seperi masalah
keluarga, kewangan, tekanan kerja dan
sebagainya.
Tekanan berpanjangan boleh
menimbulkan rasa marah. Secara tidak
langsung akan melibatkan orang
sekeliling kita. Tekanan yang tidak
terkawal juga boleh menjadi punca
pelbagai penyakit berbahaya.
Belajarlah mengurangkan tekanan
dengan berfikiran positif, beriadah,
belajar bertenang, wujudkan hobi, rehat
yang cukup dan carilah teman untuk
berkongsi atau meluahkan perasaan.
Bagi orang Islam...dekatkan diri dengan
Allah swt. Insya Allah anda akan temui
ketenangan.
Mudah kan? Pilihan di tangan anda.
9 amalan ini cukup mudah untuk anda menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan bahagia.
Credit: Kaki Pelangi, Pejabat Kesihatan Beaufort
Roslina Awang
Agen Sah : Jamu Adara, Gula-gula Kurus Mince
Whatsapp : +6010-5112725
No comments:
Post a Comment