My Blog List

Wednesday, 19 October 2016

KENAPA SARAPAN PENTING UNTUK KURUS

Teks : Roslina Awang
Entri 11

Ramai yang bertanya:
"Kenapa bila saya ikut "Diet Plan" atau makan ubat/suplimen kurus, berat badan saya tak turun?"

Jawapan:
Bila ditanya mereka ini kebanyakannya tidak mengambil sarapan pagi. Inilah punca sebenar kenapa anda susah nak kurus. Masa ni lah mereka mula salahkan produk yang di ambil.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang tak suka sarapan pagi dan ada juga sering beri alasan tak sempat sarapan. Tak kira mereka pekerja, pelajar atau suri rumah. Apabila bangun pagi, masing-masing sibuk bersiap, menguruskan anak-anak sampai sarapan pun tak sempat.

Seelok-eloknya makan sarapan pagi secepat mungkin, lebih kurang 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun tidur. Jadi, salah satu tips untuk turun berat badan, jangan sesekali skip atau tinggalkan sarapan pagi.

Jom baca tips dari pakar diet terkenal, Kevin Zahari 




Jadi, mulai hari ini cuba ambil dulu sarapan di rumah sebelum keluar rumah. Bila kita dah alas perut di rumah, sampai pejabat atau tempat kerja atau ke mana saja, takde lah rasa lapar sangat. Secara tak langsung ia membantu kita mengawal nafsu makan yang banyak. Metabolisma badan pun tak akan turun.


Kebaikan Sarapan Pagi 
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kuasa otak
  • Meningkatkan mood anda
  • Meningkatkan tenaga
  • Mengurangkan risiko penyakit


Keburukan Skip Sarapan Pagi
  • Tidak membantu turunkan berat badan
  • Menurunkan kadar metabolisma badan
  • Meningkatkan berat badan
  • Tidak bertenaga
  • Wajah kurang berseri


Cadangan Sarapan Pagi Yang Baik Untuk Turunkan Berat Badan

1. Lebihkan Protein
         Protein boleh didapati melalui telur,
    produk susu, kekacang, biji-bijian, ikan,
    daging dan lain2 lagi.
         Pengambilan protein pada waktu pagi
    akan mengurangkan rasa lapar dan
    membantu anda untuk makan sedikit
    selepas itu. Telur adalah sumber protein
    terbaik. Sumber makanan berprotein
    boleh mencegah rasa lapar dan
    membekalkan tenaga sepanjang hari.

2. Kalori
         Jumlah kalori yang diperlukan untuk
    sarapan pagi bagi menurunkan berat
    badan lebih kurang 300 hingga 350
    kalori.
         Antara sumber kalori untuk sarapan
    adalah seperti pisang, beras merah, oat,
    bijirin, telur atau sayuran bertepung
    seperti brokoli yang dijadikan sebagai
    jus.
         Oat dan emping adalah sumber bijirin      yang bagus di ambil sebagai sarapan
    pagi. Beli je emping jagung Kellog's ke
    atau jenama2 lain. Tapi kalau makan oat
    lagi bagus sebab oat tinggi serat dan bagi
    rasa kenyang lebih lama. Ada sesetengah
    orang tak boleh makan oat, muak
    katanya. Jika anda seperti ini, boleh
    tambahkan ramuan lain seperti epal,
    strawberri, kismis, kacang dan coklat.



3. Karbohidrat
          Sebanyak 45% hingga 55% jumlah
    kalori perlu dipenuhi dengan
    karbohidrat yang boleh menghasilkan
    sumber tenaga.
          Namun begitu, cubalah hindari
    makanan-makanan manis atau
    makanan-makanan yang diproses
    seperti gula dan pasta.
          Sebaliknya beras merah, biji-bijian
    seperti gandum, buah-buahan dan sayur-
    sayuran sangat digalakkan.

4. Lemak
          Lemak diperlukan sekitar 30% hingga
    35% dari jumlah kalori yang di ambil
    semasa sarapan
          Daging berlemak dan keju adalah
    makanan berlemak yang tidak baik
    untuk diet. Apapun sumber makanan
    berlemak yang sihat adalah seperti
    minyak zaitun, kekacang, biji-bijian,
    mentega dan ikan.

5. Serat
          Badan kita perlukan serat setiap hari
    sekitar 25% daripada sarapan yang
    diambil.
          Antara sumber serat yang baik untuk
    sarapan adalah sayuran berdaun hijau,
    epal, buah pear dan pelbagai jenis buah
    berri. Selain itu serat juga boleh
    diperolehi dari sumber biji-bijian seperti
    bunga matahari, beras merah atau
    kekacang.



6. Gula
          Gula bermanfaat sebagai "energy
    booster". Elakkan penggunaan gula
    pasir, sebaiknya dapatkan daripada gula
    semulajadi yang boleh didapati dari
    pelbagai jenis buah-buahan. Selain itu
    boleh juga gantikan gula dengan madu
    kerana ia tidak akan mengganggu
    kesihatan anda di masa akan datang.


Jadi, jangan tinggal lagi sarapan ye. Semoga info ini bermanfaat buat anda. Selamat mencuba.


Sumber : caraturunberatbadan.com,
                  fydanoh.com

No comments:

Post a Comment