Entri 4
Selalu kalau nak kurus kan badan mesti kena detox dulu. Hmmm....Apa itu detox? Mesti anda pernah dengar kan, tapi tak tahu apa maksud sebenar detox. Meh sini kak Ros terangkan.
Detox (detoksifikasi) adalah proses pembersihan usus atau pembuangan racun atau toksin di dalam tubuh, di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga akan memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Antara sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox ialah:
Sayur : Celeri, Kubis Ungu, Brokoli, Salad, Tomato dan Lobak
Buah : Epal Hijau, Nenas, Pear dan Lemon/Oren/Limau Nipis
Gambar di atas adalah contoh air detox yang boleh anda amalkan. Atau cara yang paling mudah anda boleh minum teh hijau tanpa gula.
MANFAAT DETOX UNTUK KESIHATAN
🔹Meremajakan sel-sel sehingga kulit menjadi bersih, sihat dan lembut.
🔹Menurunkan berat badan
🔹Meningkatkan tenaga
🔹Menghilangkan racun / toksin dalam tubuh
🔹Membersihkan darah
🔹Membaiki fungsi hati dan ginjal
🔹Memperbaiki kadar gula darah dan tekanan darah
🔹Meningkatkan daya tahan tubuh
🔹Mengatasi masalah pencernaan
KESAN DARI AMALAN DETOX
Detox dapat meningkatkan tahap kesihatan anda secara signifikan. Masalah kesihatan seperti selsema, demam dan keradangan pada kulit kadangkala muncul dan perlu dihadapi secara positif. Ini kerana ia adalah tanda2 tubuh badan kita sedang mengeluarkan toksin. Jangan risau jika masalah ini menyerang anda. Masalah ini tidak berpanjangan, kerana bila toksin dikeluarkan, ia akan kembali pulih dan menjadikan kulit semakin bersih dan licin.
KESIMPULAN
Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
Kesimpulannya, kalau nak kurus, kenalah detox dulu ye. Manfaat detox bukan sahaja untuk kurus, kesihatan anda juga bertambah baik dan kulit anda juga semakin bersih dan berseri.
Bila segala toksin di dalam badan dikeluarkan, anda boleh la mengambil mana-mana produk kurus bagi menurunkan berat badan. Gula-gula kurus Mince adalah salah satu produk hangat di pasaran yang mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cara mudah, selamat dan berkesan. Mince berfungsi menghalang penyerapan lemak, membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.
Berminat?
Whatsapp saya di nombor 010-5112725
FB Fan Page https://m.facebook.com/Cantik-Sihat-dan-Bahagia-212457045602903/
Instagram : @kurus.seawal.2.minggu
Agen Sah DiMar
No comments:
Post a Comment