My Blog List

Thursday 13 October 2016

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Teks : Roslina Awang
Entri 9

DARAH HAID BERTABURAN dalam perut dan disekitar rahim, kilang ovari dan saluran fallopian.

Gambar diambil ketika bedah laparoscopy dan pesakit sedang haid.



Ketika haid pesakit endometriosis bukan sahaja keluar haid dari faraj. Malah dalam perutnya pun berlumuran darah.
Darah haid toksik dan sering bunuh benih2 suami dan telur isteri. Dengan itu sukar nak hamil. Disamping itu senggugut pula.

Pesakit ini juga punya rahim yang retroverted atau menghala kearah tulang tongking. Tapi tidak semua orang yg rahim retroverted akan ditimpa penyakit endometriosis. Hanya mereka yang terlalu stress dan ketahanan atau immuniti terlalu rendah berkemunkianan ditimpa endometriosis.

Pesakit saperti ini sebaiknya menjalani bedah kecil laparoscopy untuk laser cautery tumbuhan endometriosis . Disamping menguatkan otot rahim agar kedudukan rahim dibetulkan dari retroverted kepada anteverted.

Selepas menjalani laparoscopy penting sangat bagi pengidap2 endometriosis mengubah cara gaya hidup kepada amalan dan tabiat sihat.

http://www.jabalnur.net/376648671

Ubah tabiat dan adab makan, pemilihan makanan yang berzat dan berkhasiat. Jauhkan makanan yang mengandungi terlalu banyak penawet dan perisa ( Junk and Fast foods)

1. Lebih makan sayur2, ulam2 dan buah2 - Dari sini terdapat banyak sumber berbagai vitamin, logam2, essential amino acids. Antioxidant yang kesemuanya akan meningkatkan system pertahanan badan atau immunity. Saya percaya tisu darah haid yang tumbuh menjadi endometriosis ada kaitan dengan wanita yang lemah ketahanan atau immuniti. Ada kalanya, walau pun rahim retroverted wanita itu tak mengidap endometriosis sebab immunitinya tinggi dan dapat menangkis pertumbuhan penyakit tersebut.

2. Di antara buah2 yang dicadangkan ialah jambu batu, betik (papaya), dragon fruit, water melon (tembikai), epal hijau, red grape, delima., strawberri dan keroma.

3. Sayur dan ulam2 yang dimakan mentah sebagai salad atau rojak dan menggunakan virgin olive oil dan lemon sebagai dressing adalah baik dan berkesan untuk meningkatkan immuniti.

4. Pengambilan suplimen - Antioksidan dan Vitamin

🔸Vit C 500 mg - 1 Gm sehari akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis penyakit.
🔸Vit E 400-800 IU setiap hari menigkatkan immuniti
🔸Multivitamins yang mengadungi B complex dan logam2, banyak jenama dipasaran, bolih dibeli dari mana2 farmasi.
🔸Antioxidant juga penting untuk membersihkan toksin dan untuk membersihkan 'free radicals' yang menyebabkan sel2 mati. Kesannya mencegah penyakit dan awet muda. Buah2 dan sayur2 yang berwarna warni mengandungi banyak anti oxidant.

5. Penggunaan hormone natural progesterone.

Pengidap2 endometriosis mengandungi hormone estrogen dalam tahap yang terlalu tinggi dan tidak cukup kandungan progesterone. Ini menyebabkan sel2 yang sensitif kepada tindakan estrogen saperti endometrium, sel-sel payu dara tumbuh membiak tanpa kawalan, biasanya progesterone biasa yang mengawal tindakan estrogen. Ini menggalakkan tumbuhan endometriosis, fibroid dan tumbuhan payu dara.

Pil-pil progesterone saperti Norculut biasa saya gunakan untuk merawat endometriosis. Walau demikian ada juga Natural  progesterone cream yang dijual dipasaran internet, yang biasa disapukan pada depan siku atau tangan mengikut dos yang di syorkan. Progesteron biasanya tidak memberi kesan sampingan.

6. Makanan dan ubat2 Anti inflammatory

Peroses pertumbuhan penyakit endometriosis melibatkan reaksi radangan atau inflammation teruk menyebabkan kerosakkan tisu berlaku pada tempat pertumbuhan endometriosis dan kawasan sekitar.

Makanan kita saperti papaya dan nenas banyak mengandungi enzim2 yang ada kesan untuk mengurangkan radangan /inflamasi tisu - papase dalam betik dan bromalin dalam nenas. Banyak lagi makanan2 yang anti inflammatory - cari google.

7. Perkara2 yang perlu dijauhkan.

a, Minuman kopi dan teh selain teh hijau dan minuman fizzy/karbonat tidak digalakkan dan patut dijauhkan. Sedangkan air paip juga dipercayai mengadungi sisa2 estrogen dari pil perancang yang masuk air melalui kencing.

b. Segala jenis insecticide spray, racun rumput rumpai ,cat2, bahan2 kimia dalam sabun dan bahan2 pencuci dan dalam shampoo, gas fume dari kereta, kilang air conditioner. Kemua patut dielakkan jika boleh, cuba guna bahan2 organic.

8. Tenangkan fikiran dan Relax - teguhkan iman dan tingkatkan takwa.

Berbagai kaedah bolih digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran , kecerian emosi dan kestabilan rohani. Hakikat ini sangat penting kerana bila stress, ketahanan badan dan immunity lemah dan penyakit mudah menyerang.

a. Riadah atau exercise sangat penting - 30 minit sehari, tak kisah apa bentuk pun asalkan keluar peluh dan mengikat kegemaran masing2

b. Pilih satu hobi sama ada musik, melukis , memancing atau lain2 yang boleh melapangkan fikiran.
c. Sicialise - cari rakan dan teman yang mengajak kepada membuat kebajikan, menolong orang susah atau miskin.

d. Bagi musliminat - solat , baca quran, doa dan berzikir. Bagi ugama lain meditation, yoga dan lain2 yang dapat mentenangkan fikiran dan melapangan jiwa.


Sumber : Dr. Hamid Arshat

No comments:

Post a Comment