My Blog List

Friday 11 November 2016

Doa Amalan Penawar Sihir & Pendinding Syaitan

Teks : Roslina Awang
11 Nov, 2016

Kisah terjadi beberapa bulan yang lepas. Suatu petang jalan2 dengan suami. Tiba waktu maghrib terasa sakit dada bila tarik nafas panjang. Mula2 ingat sakit biasa sbb sblm ni pun pernah jadi. Selalu sapu ubat, baca Al-Fatihah letak tangan di dada & niat minta Allah sembuhkan...dah hilang sakitnya.

Tapi sakit kali ni lain macam. Selepas solat maghrib, pegi makan & balik rumah rasa semakin menjadi pula sakitnya. Minta tlg suami sapukan ubat....tetap sama. Dah pening memikirkan apa masalahnya. Saya terus solat isyak, baca yaasin & doa yaasin mohon disembuhkan. Tp tetap takde perubahan. Sambil termenung memikirkan apa penyebabnya di tikar sembahyang...akhirnya terfikir nak baca doa utk org terkena sihir & gangguan syaitan. Lantas saya ambil buku kecil terbitan Ustaz Harun Din bertajuk RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM.

Saya baca 4 ayat sahaja (setiap ayat dibaca 3 kali) sambil mohon pd Allah jika sakit yg saya alami berpunca dari perbuatan sihir / gangguan makhluk halus...semoga Allah beri kesembuhan. Alhamdulillah...setelah selesai baca & ditiup ke dada...rasa sesak nafas itu dah hilang. Allahuakbar. 😂😂😂

4 DOA tersebut ialah:
1. Doa pembatal sihir


2. Doa penunduk sihir


3. Ayat pendinding daripada sihir
    (An-Nisa Ayat 84, Surah Yusuf Ayat 64)

4. Ayat pendinding daripada syaitan
    (Surah Al-Mu'minum Ayat 97)

Sedikit perkongsian. Kisah benar pengalaman sendiri. Benar atau tidak disebabkan sihir atau gangguan saya tak pasti. Tak berani nak tuduh sape2. 😕 Yang penting kita ikhtiar. In sha Allah. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Disamping itu jangan lupa amalkan ayatul Qursi, Al-Fatihah & 3 Qul setiap pagi dan petang.



Ikhlas dari,
Roslina Awang

No comments:

Post a Comment