My Blog List

Monday 26 September 2016

FAKTOR SUKAR TURUN BERAT BADAN


Teks Oleh: Roslina Awang
Entri 2

Memiliki badan gemuk dan kurus adalah anugerah dari tuhan. Namun, jika terlalu gemuk atau kurus pun tak baik untuk kesihatan. Seringkali ramai yang mencuba berbagai diet untuk menurunkan berat badan, namun begitu sukar untuk menurunkannya. Dah penat jaga makan, bersenam, ambil ubat atau suppliment kurus...tapi tetap menemui kegagalan.

Oleh itu, selain menjalankan program diet menurunkan berat badan, anda sepatutnya mengetahui beberapa masalah yang mempengaruhi berat badan anda. Faktor-faktor berikut mungkin memainkan peranan:



1. Diet Tidak Teratur

Kadang-kadang sikap yang tidak berpendirian dan melakukan diet yang tidak teratur boleh menyebabkan berat badan turun naik. Jika mahu turunkan berat badan, komitmen yang tinggi pada diri sendiri amat penting dan tidak mudah goyah pada apapun. Lakukan sehingga anda dapat berat badan ideal pada diri anda.

Nafsu makan merupakan cabaran utama dalam usaha anda untuk kurangkan berat badan. Bukannya senaman, tapi kebolehan anda untuk mengawal nafsu makan.

Jagalah pola makan anda dan terapkan gaya hidup sihat. Sebolehnya berhenti merokok dan minum minuman beralkohol agar anda mendapat tubuh yang sihat selain turunnya berat badan.

2. Stress (Tekanan)

Jangan terlalu tertekan dengan pelbagai beban kehidupan. Tekanan berlebihan akan mengganggu mental dan memberi impak kepada pola pemakanan. Semasa tekanan, ia akan menghasilkan hormon kortisol yang menjadi penyebab timbulnya rasa lapar atau meningkatkan nafsu makan. Biasanya mereka akan tergoda dengan makanan tidak sihat seperti makanan segera dan makanan lain yang tidak sihat. Ini akan menyebabkan pengumpulan lemak di pinggang dan perut anda.


3. Kurang Tidur

Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda kita dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Tau tak bila tak cukup tidur, kita akan lebih cenderung untuk makan banyak. Kenapa?? Sebab bila tak cukup tidur, hormon akan buatkan selera kita bertambah. Hormon dalam tubuh tidak akan berfungsi dengan maksimal. Makanan tak dapat dicerna dengan baik. Jadi tidak hairan la kita asyik lapar je bila tak cukup tidur.


4. Hormon

Kebanyakan wanita yang ada Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) mengalami masalah berat badan. Penyakit ini hasil daripada hormon yang tidak stabil. Antara simptom-simptom PCOS ialah period tak teratur, jerawat, bulu muka berlebihan, rambut terlalu nipis dan sukar mengandung. Kenaikan berat badan bukan disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan.

Penderita PCOS disarankan berjumpa doktor dan diberi ubat yang sesuai supaya dapat turunkan insulin dalam badan untuk seimbangkan hormon. Selain itu, disarankan anda yang ada PCOS untuk olahraga minimal 2 kali dalam seminggu.


5. Toksin

Badan kita kaya dengan toksin yang disimpan dalam sel lemah. Pengambilan ubat atau suplimen takkan membantu sekiranya kita tidak detox badan kita dulu. Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Bila usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Oleh itu detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin, ubat atau suplimen.


6. Hipotiroid

Berlaku bila kelenjar tiroid tidak aktif, badan tidak akan mengeluarkan hormon tiroid yang cukup untuk membantu membakar lemak. Akibatnya kadar metabolisma menjadi rendah sekaligus mempengaruhi kenaikan berat badan kerana badan akan menyimpan lebih lemak berbanding membakarnya. Terutamanya jika kita tidak aktif secara fizikal.

Masalah ini perlu rawatan agar hormon tiroid menjadi seimbang dan metabolisma tubuh kembali normal.


7. Kurang Minum Air Putih

Jika ingin turunkan berat badan, sebaliknya hindari minuman bergas dan mengandungi kandungan gula yang banyak. Minuman seperti ini akan membuat kalori yang masuk dalam tubuh berlipat kali ganda.

Cara mengatasinya, anda perlu minum air mineral atau air putih yang lebih banyak. Biasanya 2 ke 3 liter sehari.


8. Makan Malam

Hasil kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Ini kerana pada waktu tidur, tubuh tak dapat mencerna makanan dengan baik sehingga kalori yang ada dalam tubuh akan menjadi lemak tepu. Jika keinginan kita untuk makan malam menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan lemak yang rendah seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan atau roti oatmeal.


9. Malas Bersenam

Walaupun kita telah kurangkan pengambilan makanan, tapi mungkin kita tak dapat kecilkan bahagian pinggang kita yang berlemak tu tanpa senaman.

Kesimpulannya, badan kita akan lebih cepat berisi bila kita malas bersenam atau bersenam tetapi tidak konsisten.


10. Tak Bersarapan

Seorang yang melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Membiarkan perut kosong pada waktu pagi akan melambatkan metabolisma badan dan menahan lapar akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti banyak pada waktu tengahari. Maka, janganlah tinggalkan sarapan.


Ok, dengan mengetahui penyebab kenapa berat badan tidak turun, jadi bila anda dalam proses menurunkan berat badan perlu hindari perkara-perkara di atas. Semua faktor di atas penting dan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan jika di amalkan bersama dengan vitamin/ubat/suplimen kurus. Ia sangat2 membantu anda untuk kekal langsing dan mendapat berat badan ideal.

Menurunkan berat badan perlukan komitmen yang tinggi agar anda mendapat hasil yang memuaskan. Namun, jangan siksa tubuh anda dengan diet ekstrim kerana ketika diet kesihatan adalah paling utama.

Kadang-kadang bukan salah vitamin/ubat/suplimen pun sebab semua itu membantu tubuh kita metangsang proses penurunan berat badan.

Kredit : My Sumber, Dunia Fitness.com


Nak kurus cara mudah, sihat dan selamat? Apa kata anda cuba gula-gula kurus Mince. Rasanya sedap, masam-masam manis gitu. Memang berbaloi dan 97% menjadi... In Sya Allah. Saya guna, saya jual. Bukan sekadar menurunkan berat badan, susu ibu meriah & period pun teratur.

Whatsapp untuk order/pertanyaan ke no:
📞 +6010 5112725

Atau sila follow ig @kurus.seawal.2.minggu untuk melihat testimoni-testimoni dari kami



Ikhlas dari,
Roslina
Agen sah DiMar
#gulagulakurus

No comments:

Post a Comment