My Blog List

Friday 11 November 2016

Doa Seorang Ibu


*Ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun..!*

Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku..! Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca..! Pecah hancur berkecai..!

Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata,

"Mati engkau hendaknya..! Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang kau hancur..!”

Tahun demi tahun berlalu..! Anak lelakiku membesar, aku dah lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit..!

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar..! Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghurmati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain..!

Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang berjaya..! Tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu..!

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibaik-pulih. Maka pergilah anak aku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja, anakku pergi ke belakang bangunan tanpa disedari sesiapa pun. Dengan tak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya..!

Kedengaran suara berteriak di dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi..!

Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu..! Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan Ambulan.

Mereka tidak dapat mengangkat badan anakku. Ia remuk seperti kaca yang jatuh pecah berkeping-keping..!

Sebahagian mereka mengangkat badan  anakku yang hancur dengan berhati-hati dan segera membawanya ke Unit Kecemasan di Hospital..!

Ketika ayahnya menghubungiku, seakan-akan Allah menghadirkan kembali kata-kataku padanya semasa ia masih kecil dahulu..!

Aku menangis hingga pengsan. Bila sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat anakku..! Ketika melihatnya, aku seakan mendengar suara yang berkata,

"INI DOAMU KAN..? Sudah AKU kabulkan..! Setelah sekian lama engkau berdoa, sekarang Aku akan mengambilnya..!"

Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik. Anak aku menghembuskan nafasnya yang akhir..! Aku berteriak dan menangis sambil berkata,

"Ya Allah..! Selamatkanlah anak aku..! Jangan pergi nak..!"

Seandainya, lidah ini tidak mendoakan kebinasaan 25 tahun yang lalu..!
Andaikan..! Andaikan..! Andaikan..! Tetapi kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi waktu ini..!

Cerita ini dari satu kisah benar..! Pesananku pada para ibu..! Jangan sekali-kali terburu-buru mendoakan KEBURUKAN anakmu ketika kamu sedang marah..!

Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan..! Jika kamu ingin memukulnya, pukul sajalah..! Tapi jangan kamu mendoakannya dengan yang bukan-bukan sehingga kamu akan menyesal seperti aku..!

Sesungguhnya aku menulis ini dengan airmataku yang turut mengalir..!

Wahai anakku..! Aku rela rohku turut bersamamu..! Hingga aku boleh beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu..!

Tolong sebarkan cerita ini kepada semua wanita..! Doakanlah yang baik-baik saja untuk anak-anak..! Doa itu pasti akan terjawab walaupun untuk sekian lama..! Tunggulah dan Allah swt pasti akan mengkabulkan

#JagaEmosi
#JagaPerkataan
#akusayanganakku

Sumber: Perkongsian dari sahabat

Doa Amalan Penawar Sihir & Pendinding Syaitan

Teks : Roslina Awang
11 Nov, 2016

Kisah terjadi beberapa bulan yang lepas. Suatu petang jalan2 dengan suami. Tiba waktu maghrib terasa sakit dada bila tarik nafas panjang. Mula2 ingat sakit biasa sbb sblm ni pun pernah jadi. Selalu sapu ubat, baca Al-Fatihah letak tangan di dada & niat minta Allah sembuhkan...dah hilang sakitnya.

Tapi sakit kali ni lain macam. Selepas solat maghrib, pegi makan & balik rumah rasa semakin menjadi pula sakitnya. Minta tlg suami sapukan ubat....tetap sama. Dah pening memikirkan apa masalahnya. Saya terus solat isyak, baca yaasin & doa yaasin mohon disembuhkan. Tp tetap takde perubahan. Sambil termenung memikirkan apa penyebabnya di tikar sembahyang...akhirnya terfikir nak baca doa utk org terkena sihir & gangguan syaitan. Lantas saya ambil buku kecil terbitan Ustaz Harun Din bertajuk RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM.

Saya baca 4 ayat sahaja (setiap ayat dibaca 3 kali) sambil mohon pd Allah jika sakit yg saya alami berpunca dari perbuatan sihir / gangguan makhluk halus...semoga Allah beri kesembuhan. Alhamdulillah...setelah selesai baca & ditiup ke dada...rasa sesak nafas itu dah hilang. Allahuakbar. 😂😂😂

4 DOA tersebut ialah:
1. Doa pembatal sihir


2. Doa penunduk sihir


3. Ayat pendinding daripada sihir
    (An-Nisa Ayat 84, Surah Yusuf Ayat 64)

4. Ayat pendinding daripada syaitan
    (Surah Al-Mu'minum Ayat 97)

Sedikit perkongsian. Kisah benar pengalaman sendiri. Benar atau tidak disebabkan sihir atau gangguan saya tak pasti. Tak berani nak tuduh sape2. 😕 Yang penting kita ikhtiar. In sha Allah. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Disamping itu jangan lupa amalkan ayatul Qursi, Al-Fatihah & 3 Qul setiap pagi dan petang.



Ikhlas dari,
Roslina Awang

Friday 4 November 2016

KENAPA VITAMIN ATAU SUPPLIMENT YANG DI AMBIL TIDAK BERKESAN

Teks : Roslina Awang
Entri 15


PERSOALAN :
KENAPA VITAMIN/SUPPLEMENT TIDAK BERKESAN KEPADA SAYA?

Kenapa vitamin/supplement tak berkesan kepada saya? 😟
Kenapa ada yang 7 hari dah nampak kesan?



📌JAWAPAN:

Sebenarnya, kita disarankan mengambil apa-apa ubat/vitamin/suplimen secara konsisten selama 3 bulan supaya ia benar-benar mendapat keserasian dengan tubuh badan kita. Tetapi jika anda tidak mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin / suplimen berkenaan, anda perlu tahu kenapa ianya terjadi.

1. Tidak suka minum air putih / mineral / air kosong.
    Kebiasaannya masalah ini terjadi kepada mereka yang tidak cukup minum air. Anda disarankan mengambil 2-3 liter air putih sehari, kolagen berfungsi menyingkirkan toksin dalam badan. Selagi toksin ada di dalam badan, vitamin memang susah nk menyerap seluruh badan, jika boleh pun lambat.


2. Waktu makan yang tidak sesuai
    Waktu paling elok ambil vitamin adalah masa perut kosong, jadi disyorkan ambil sebelum tidur kerana semasa tidur, perut kita kosong dalam jangkamasa lama, jadi vitamin / suplimen senang bertindak. Jika perut penuh juga menyukarkan vitamin untuk bertindak. Jadi eloklah ambil 2 jam sebelum hendak tidur / 2 jam selepas makan malam.

3. Pengamal Kafein tegar.
    Kafein DAPAT mengganggu proses penyerapan vitamin dalam badan, jadi elakkan kafein 5 jam sebelum atau selepas mengambil vitamin yer. TAPI, KESAN YANG ANDA DAPAT ADALAH SANGAT PERLAHAN BERBANDING DENGAN ORANG YANG STOP TERUS MINUM KAFEIN.☕☕

4. Pengambilan vitamin / suplimen yang banyak dalam satu masa.
    Jangan mengambil bermacam-macam vitamin / suplimen dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Ini akan menyukarkan proses penyerapan vitamin ke dalam badan anda. Apabila di ambil dalam kuantiti yang banyak akan meningkatkan kepekatan darah. Ramai yang mengambil pada waktu hendak tidur, sedangkan waktu itu anda kurang mengambil air kosong yang sangat diperlukan dalam proses penyerapan vitamin ke dalam badan anda.
    Sebagai pengguna bijak, rancanglah pengambilan vitamin / suplimen secara bijak. Seeloknya jarakkan pengambilan antara vitamin / suplimen dalam masa 3 jam atau lebih bagi memastikan keberkesanannya.

5. Elakkan mengambil vitamin / suplimen secara serentak dengan ubat.
    Masalah ini biasanya bagi mereka yang di bawah pemantauan doktor. Sebaiknya elakkan mengambil vitamin serentak dengan ubat doktor.
    Ini kerana ia akan menyebabkan darah bercelaru di sebabkan oleh 2 perkara berbeza yang masuk ke dalam badan sekaligus. Ini menyebabkan darah tidak dapat menyerap vitamin / suplimen dengan sempurna.

.
Tak susah pun nak cantik... Cepat2 lah ubah tabiat.. sempat lagi kalau anda nak cantik ;) .
INGATLAH! > BANYAKKAN MINUM AIR. 2-3liter (JANGAN TERLEBIH MINUM SUDAH )
****
.
🔴 JANGAN MINUM KAFEIN, PRODUK TENUSU, TEH, AIR TIN
🔴 NAK MINUM AIR APA????? AIR MINERAL! AIR KOSONG! AIR PUTIH BERSIH! ;)
🔴 SANGAT DAN TERSANGAT MOLEK JIKA ANDA AMALKAN MINUM AIR SEGELAS SELEPAS BANGUN TIDUR TANPA GOSOK GIGI!!! SESETENGAH ORANG MESTI EEUUUUW KAN??? MAAF, TAPI IA SANGAT BAIK UNTUK DIGESTION ANDA ;)
(mula2 memang susah nak amalkan.. Tapi lama2 akan terbiasa dengan sendirinya.. bangun tidur terus minum air walapun tengah mamai lg.. haha)
.
💊 LEPAS ITU, BARU AMBIL VITAMIN/SUPPLEMENT KETIKA PERUT MASIH KOSONG TANPA MAKANAN / 30 MINIT SEBELUM SARAPAN PAGI @ 2 JAM SEBELUM TIDUR KETIKA PERUT SUDAH REHAT SEDIKIT DARIPADA MENERIMA SEBARANG MAKANAN.



NAK KURUS CARA MUDAH, CEPAT & SELAMAT??
📌Tak perlu bancuh
📌Tak perlu risau rasa tak sedap
📌Tidak sebabkan cirit-birit
WHATSAPP sekarang:
+6010.511.2725
+6010.511.2725



Thursday 27 October 2016

PUNCA SEBENAR HAID DATANG LAMBAT/TIDAK TERATUR

Teks : Roslina Awang
Entri 14


Punca Sebenar Haid Anda Datang Lambat / Tidak teratur. Antaranya

1. Tekanan yang dialami oleh anda disebabkan kerja atau emosi.
🔷Tekanan dalam bentuk fizikal & mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid anda. Bila anda dalam keadaan tertekan,badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.

2. Pengambilan ubat-ubatan
🔷Mungkin baru-baru ini anda baru mencuba atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
🔷Tahukah anda, sesetengah suplement menjadi panas di dalam badan kemungkinan ia tidak sesuai dengan tubuh seseorang mungkin menjadi faktor haid anda lambat.


3. Kegemukan yang dialami oleh anda.
🔷Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen.
🔷Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

4. Badan anda terlalu kurus.
🔷Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlet dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yg sepatutnya secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

5. Masalah kesihatan yang dialami oleh anda.
🔷Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yg memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid.

6. Tersilap kira tarikh haid anda.
🔷Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
🔷Walaubagaimana pun jika keadaan ini berlarutan, memakan masa berbulan-bulan, sebaiknya  anda berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengenal pasti punca sebenar mengapa haid anda lewat.




Anda menghadapi masalah di atas? Atasinya dengan Jamu Adara Manjakani.
In sha Allah.😍😍


                   Whatsapp 010-5112725

#JamuAdara #jamumanjakani #jamu

Friday 21 October 2016

CADANGAN SARAPAN PAGI YANG BAIK UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Teks : Roslina Awang
Entri 13


Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang tak suka sarapan pagi dan ada juga sering beri alasan tak sempat sarapan. Tak kira mereka pekerja, pelajar atau suri rumah. Apabila bangun pagi, masing-masing sibuk bersiap, menguruskan anak-anak sampai sarapan pun tak sempat.

Seelok-eloknya makan sarapan pagi secepat mungkin, lebih kurang 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun tidur. Jadi, salah satu tips untuk turun berat badan, jangan sesekali skip atau tinggalkan sarapan pagi.

Jadi, mulai hari ini cuba ambil dulu sarapan di rumah sebelum keluar rumah. Bila kita dah alas perut di rumah, sampai pejabat atau tempat kerja atau ke mana saja, takde lah rasa lapar sangat. Secara tak langsung ia membantu kita mengawal nafsu makan yang banyak. Metabolisma badan pun tak akan turun.


Cadangan Sarapan Pagi Yang Baik Untuk Turunkan Berat Badan

1. Lebihkan Protein
         Protein boleh didapati melalui telur,
    produk susu, kekacang, biji-bijian, ikan,
    daging dan lain2 lagi.
         Pengambilan protein pada waktu pagi
    akan mengurangkan rasa lapar dan
    membantu anda untuk makan sedikit
    selepas itu. Telur adalah sumber protein
    terbaik. Sumber makanan berprotein
    boleh mencegah rasa lapar dan
    membekalkan tenaga sepanjang hari.

2. Kalori
         Jumlah kalori yang diperlukan untuk
    sarapan pagi bagi menurunkan berat
    badan lebih kurang 300 hingga 350
    kalori.
         Antara sumber kalori untuk sarapan
    adalah seperti pisang, beras merah, oat,
    bijirin, telur atau sayuran bertepung
    seperti brokoli yang dijadikan sebagai
    jus.
         Oat dan emping adalah sumber bijirin      yang bagus di ambil sebagai sarapan
    pagi. Beli je emping jagung Kellog's ke
    atau jenama2 lain. Tapi kalau makan oat
    lagi bagus sebab oat tinggi serat dan bagi
    rasa kenyang lebih lama. Ada sesetengah
    orang tak boleh makan oat, muak
    katanya. Jika anda seperti ini, boleh
    tambahkan ramuan lain seperti epal,
    strawberri, kismis, kacang dan coklat.



3. Karbohidrat
          Sebanyak 45% hingga 55% jumlah
    kalori perlu dipenuhi dengan
    karbohidrat yang boleh menghasilkan
    sumber tenaga.
          Namun begitu, cubalah hindari
    makanan-makanan manis atau
    makanan-makanan yang diproses
    seperti gula dan pasta.
          Sebaliknya beras merah, biji-bijian
    seperti gandum, buah-buahan dan sayur-
    sayuran sangat digalakkan.

4. Lemak
          Lemak diperlukan sekitar 30% hingga
    35% dari jumlah kalori yang di ambil
    semasa sarapan
          Daging berlemak dan keju adalah
    makanan berlemak yang tidak baik
    untuk diet. Apapun sumber makanan
    berlemak yang sihat adalah seperti
    minyak zaitun, kekacang, biji-bijian,
    mentega dan ikan.

5. Serat
          Badan kita perlukan serat setiap hari
    sekitar 25% daripada sarapan yang
    diambil.
          Antara sumber serat yang baik untuk
    sarapan adalah sayuran berdaun hijau,
    epal, buah pear dan pelbagai jenis buah
    berri. Selain itu serat juga boleh
    diperolehi dari sumber biji-bijian seperti
    bunga matahari, beras merah atau
    kekacang.



6. Gula
          Gula bermanfaat sebagai "energy
    booster". Elakkan penggunaan gula
    pasir, sebaiknya dapatkan daripada gula
    semulajadi yang boleh didapati dari
    pelbagai jenis buah-buahan. Selain itu
    boleh juga gantikan gula dengan madu
    kerana ia tidak akan mengganggu
    kesihatan anda di masa akan datang.


Jadi, jangan tinggal lagi sarapan ye. Semoga info ini bermanfaat buat anda. Selamat mencuba.


Sumber :
caraturunberatbadan.com, fydanoh.com

Thursday 20 October 2016

BUAH MANJAKANI, KENALKAH ANDA?

Teks : Roslina Awang
Entri 12


Kebanyakan wanita zaman sekarang kurang mengenali apa itu buah manjakani dan tidak tahu kebaikannya. Manjakani adalah sejenis buah yang terhasil dari pokok tumpangan dan biasa didapati di hutan belantara. Terdapat 1001 khasiat dalam buah manjakani yang di akui oleh nenek moyang kita. Khasiatnya yang banyak menjadikan ianya kekal dikenali sehingga kini.

                 

KHASIAT/KELEBIHAN
  1. Atasi keputihan
  2. Atasi senggugut
  3. Atasi masalah kentut faraj
  4. Melancarkan dan menstabilkan haid
  5. Menghilangkan bau dan gatal pada faraj
  6. Menaikkan nafsu dan tenaga batin
  7. Menguatkan dan mengetatkan kembali faraj
  8. Merawat dan menyembuhkan luka dalaman (dalam panyang dan selepas bersalin)
  9. Mengecutkan peranakan
  10. Mengurangkan angin dalam badan
  11. Melawaskan pemhuangan air besar
  12. Menegangkan kembali payudara
  13. Memberinkepuasan ketika bersama
  14. Mengecutkan cyst dan fibroid secara semulajadi
  15. Mencegah barah rahim dan payudara
  16. Menambahkan dan melancarkan aliran susu badan
  17. Menstabilkan hormon
  18. Kesuburan wanita
  19. Menguatkan rahim
  20. Menghilangkan bau badan
  21. Merawat tumit kaki pecah
  22. Menghindarkan jerawt dan jeragat
  23. Menaikkan kembali seri wajah
  24. Awet muda
  25. Rawat buasir


Order/Pertanyaan sila
                Whatsapp ke : 010-5112725

Dapatkan Jamu Adara yang diperbuat daripada 100% manjakani original.
Jamu Adara digunakan secara tradisional untuk menyelesaikan masalah dalaman dan luaran wanita secara total. Pengambilan jamu ini merupakan kaedah paling selamat untuk kesihatan jangka panjang kerana ianya bebas dari sebarang bahan kimia dan cara pembuatannya yang HALAL lagi SUCI.


SESUAI UNTUK

1- Wanita Belum Berkahwin (seawal usia 16 tahun)
2- Wanita Berkahwin
3- Wanita Selepas Bersalin / Dalam Pantang
4- Ibu Menyusu
5- Wanita Monopos

° Tidak sesuai untuk ibu mengandung
° Berhenti makan ketika period
° Amalkan banyak minum air masak untuk kesan optimum (2-3liter sehari)
° Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein
° Kurangkan pengambilan ais (ais tidak elok untuk kesihatan rahim)

Wednesday 19 October 2016

KENAPA SARAPAN PENTING UNTUK KURUS

Teks : Roslina Awang
Entri 11

Ramai yang bertanya:
"Kenapa bila saya ikut "Diet Plan" atau makan ubat/suplimen kurus, berat badan saya tak turun?"

Jawapan:
Bila ditanya mereka ini kebanyakannya tidak mengambil sarapan pagi. Inilah punca sebenar kenapa anda susah nak kurus. Masa ni lah mereka mula salahkan produk yang di ambil.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang tak suka sarapan pagi dan ada juga sering beri alasan tak sempat sarapan. Tak kira mereka pekerja, pelajar atau suri rumah. Apabila bangun pagi, masing-masing sibuk bersiap, menguruskan anak-anak sampai sarapan pun tak sempat.

Seelok-eloknya makan sarapan pagi secepat mungkin, lebih kurang 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun tidur. Jadi, salah satu tips untuk turun berat badan, jangan sesekali skip atau tinggalkan sarapan pagi.

Jom baca tips dari pakar diet terkenal, Kevin Zahari 




Jadi, mulai hari ini cuba ambil dulu sarapan di rumah sebelum keluar rumah. Bila kita dah alas perut di rumah, sampai pejabat atau tempat kerja atau ke mana saja, takde lah rasa lapar sangat. Secara tak langsung ia membantu kita mengawal nafsu makan yang banyak. Metabolisma badan pun tak akan turun.


Kebaikan Sarapan Pagi 
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kuasa otak
  • Meningkatkan mood anda
  • Meningkatkan tenaga
  • Mengurangkan risiko penyakit


Keburukan Skip Sarapan Pagi
  • Tidak membantu turunkan berat badan
  • Menurunkan kadar metabolisma badan
  • Meningkatkan berat badan
  • Tidak bertenaga
  • Wajah kurang berseri


Cadangan Sarapan Pagi Yang Baik Untuk Turunkan Berat Badan

1. Lebihkan Protein
         Protein boleh didapati melalui telur,
    produk susu, kekacang, biji-bijian, ikan,
    daging dan lain2 lagi.
         Pengambilan protein pada waktu pagi
    akan mengurangkan rasa lapar dan
    membantu anda untuk makan sedikit
    selepas itu. Telur adalah sumber protein
    terbaik. Sumber makanan berprotein
    boleh mencegah rasa lapar dan
    membekalkan tenaga sepanjang hari.

2. Kalori
         Jumlah kalori yang diperlukan untuk
    sarapan pagi bagi menurunkan berat
    badan lebih kurang 300 hingga 350
    kalori.
         Antara sumber kalori untuk sarapan
    adalah seperti pisang, beras merah, oat,
    bijirin, telur atau sayuran bertepung
    seperti brokoli yang dijadikan sebagai
    jus.
         Oat dan emping adalah sumber bijirin      yang bagus di ambil sebagai sarapan
    pagi. Beli je emping jagung Kellog's ke
    atau jenama2 lain. Tapi kalau makan oat
    lagi bagus sebab oat tinggi serat dan bagi
    rasa kenyang lebih lama. Ada sesetengah
    orang tak boleh makan oat, muak
    katanya. Jika anda seperti ini, boleh
    tambahkan ramuan lain seperti epal,
    strawberri, kismis, kacang dan coklat.



3. Karbohidrat
          Sebanyak 45% hingga 55% jumlah
    kalori perlu dipenuhi dengan
    karbohidrat yang boleh menghasilkan
    sumber tenaga.
          Namun begitu, cubalah hindari
    makanan-makanan manis atau
    makanan-makanan yang diproses
    seperti gula dan pasta.
          Sebaliknya beras merah, biji-bijian
    seperti gandum, buah-buahan dan sayur-
    sayuran sangat digalakkan.

4. Lemak
          Lemak diperlukan sekitar 30% hingga
    35% dari jumlah kalori yang di ambil
    semasa sarapan
          Daging berlemak dan keju adalah
    makanan berlemak yang tidak baik
    untuk diet. Apapun sumber makanan
    berlemak yang sihat adalah seperti
    minyak zaitun, kekacang, biji-bijian,
    mentega dan ikan.

5. Serat
          Badan kita perlukan serat setiap hari
    sekitar 25% daripada sarapan yang
    diambil.
          Antara sumber serat yang baik untuk
    sarapan adalah sayuran berdaun hijau,
    epal, buah pear dan pelbagai jenis buah
    berri. Selain itu serat juga boleh
    diperolehi dari sumber biji-bijian seperti
    bunga matahari, beras merah atau
    kekacang.



6. Gula
          Gula bermanfaat sebagai "energy
    booster". Elakkan penggunaan gula
    pasir, sebaiknya dapatkan daripada gula
    semulajadi yang boleh didapati dari
    pelbagai jenis buah-buahan. Selain itu
    boleh juga gantikan gula dengan madu
    kerana ia tidak akan mengganggu
    kesihatan anda di masa akan datang.


Jadi, jangan tinggal lagi sarapan ye. Semoga info ini bermanfaat buat anda. Selamat mencuba.


Sumber : caraturunberatbadan.com,
                  fydanoh.com