Entri #1
Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Salam perkenalan kepada anda semua warga blogger dan sahabat alam maya. Alhamdulillah...dengan izinNya saya diberi peluang untuk kita saling mengenali. Nama saya Roslina Awang, atau lebih dikenali sebagai Azmanie di kalangan sanak saudara dilahirkan pada Ogos 1977. Saya berumur 39 tahun, merupakan anak sulung dari 9 adik beradik (3 lelaki, 6 perempuan).
Saya dilahirkan dan dibesarkan di Bachok, Kelantan. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Bachok. Tamat pengajian saya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Syukur Alhamdulillah...perkenalan singkat yang hanya 3 bulan dengan suami akhirnya membuka pintu hatinya untuk melamar saya. Pertunangan kami agak lama iaitu selama 8 bulan, akhirnya di akhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 13 Mei 2004. Perkahwinan kami kini hampir menjejaki usia 13 tahun. Sepanjang perkahwinan ini kami di uji dengan ketiadaan zuriat, namun ikatan cinta dan kasih sayang kami tetap bertahan sehingga kini. Terlintas juga nak ambil anak angkat, tapi suami nak ikhtiar dulu selagi masih ada kesempatan. Semoga Allah memakbulkan doa kami untuk mendapat zuriat yang soleh/solehah suatu hari nanti. In sha Allah. Saya sentiasa berdoa semoga ikatan ini akan terus kekal hingga ke Jannah. Aamiin. Terima kasih buat suami tercinta En. Mohd Ridwan kerana tetap setia di sisi walau di uji dengan pelbagai ujian & dugaan oleh Allah swt. Saya sangat mengagumi beliau kerana tidak pernah melupakan tanggungjawab dan tetap setia di sisi seorang isteri yang banyak kekurangan ini.
Pendidikan
Saya mendapat pendidikan rendah dan menengah di Bachok, Kelantan...negeri asal kelahiran saya. Setelah tamat persekolahan, saya menyambung pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.
Pengalaman Kerja
Setelah tamat pengajian di UUM, saya mengikuti Skim Sangkutan Dan Latihan (SSL) bagi Lepasan Ijazah di Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Kelantan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia selama 8 bulan. Di sini sedikit demi sedikit saya menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang pekerjaan kerajaan.
Setelah tamat latihan, saya mula bekerja sebagai Record Technician di salah sebuah syarikat swasta di Damansara Uptown secara kontrak. Memandangkan syarikat berkenaan akan di tutup kerana akan tamat tempoh perjanjian kontrak kerja antara US dan Malaysia, saya mula mencari pekerjaan lain sebagai ganti. Akhirnya saya mendapat tawaran kerja sebagai Easy Payment Clerk di bahagian barangan elektrik di Giant Hypermarket USJ 1, Subang Jaya. Di sini saya menimba pengalaman menguruskan pinjaman ansuran antara pelanggan dengan AEON Credit Services.
Akhirnya saya mendapat tawaran kerja sebagai kerani di iCIMB (M) Sdn Bhd (dulu dikenali EPIC-i Sdn Bhd) iaitu anak syarikat kepada CIMB Bank bermula 26 Oktober 2004. Selepas 3 tahun saya dinaikkan pangkat kepada Pegawai Kerani. Saya diletakkan di bahagian Trade Processing Centre (TPC). Di TPC saya terlibat dengan urusan Inward/Outward Bill Of Collection & Dokumentary Credit / Letter Of Credit. Di sini saya menguruskan bil2 dan dokumen berkaitan dengan urusan jual beli (import/eksport) barangan dalam dan luar negara antara Bank, Seller (Applicant) dan Beneficiary menggunakan Banktrade System. Kerja saya di TPC lebih kepada background office dan tidak melibatkan urusan di kaunter bank. Ia suatu pengalaman yang sangat bermakna. Jika difikirkan semula, di sini saya banyak menimba ilmu dan pengalaman tentang pengurusan perniagaan yang melibatkan dokumen-dokumen yang diperlukan jika berurusan dengan pihak bank.
Pada June 2013 saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja apabila CIMB menawarkan skim berhenti kerja secara beramai-ramai melalui skim MSS (Mutual Separate Scheme). Saya menghantar permohonan dan permohonan saya diluluskan dan berakhir pada 30 Ogos 2013. Pada masa itu saya tekad berhenti kerja dan ingin fokus kepada bisnes online tudung. Kebetulan pada masa itu saya juga menghadapi masalah besar dalam rumahtangga. Tapi Alhamdulillah, segalanya telah selesai dengan izin Allah. Keputusan berhenti kerja pada masa itu diizinkan suami memandangkan pada masa itu kesihatan dan emosi saya kurang stabil.
Namun saya tetap bersyukur kerana walau di uji dengan ujian yang amat berat, akhirnya Allah memberi jalan keluar yang terbaik buat kami. Terima kasih juga kepada suami yang tidak pernah putus asa memberi semangat dan kasih sayang pada saya selama ini. Tak mungkin saya dapat mencari suami lain yang lebih baik dan penyabar seperti suami saya sekarang. Alhamdulillah.
Pengalaman Perniagaan
Sebenarnya saya sudah mula menjinakkan diri dalam bisness secara kecil-kecilan semasa bekerja lagi. Pada masa itu saya mengambil order Popia Simpul setiap kali musim Raya Aidilfitri. Kadang-kadang hari biasa pun ada yang order. Semua bermula dengan pot luck raya. Rakan sepejabat ramai hampir 100 orang. Jadi masa tu memang boleh buat duit sampingan la. Pernah saya dapat order mencecah RM1000 untuk tempahan Hari Raya daripada rakan sekerja sahaja. Tapi jangan cakaplah...penat duk pulun kuih raya ni. Lagipun masa tu saya masih lagi bekerja. Selain itu saya jual pernah mendapat tempahan makanan seperti nasi dagang, kueh mueh & laksam Kelantan. Alhamdulillah...rakan2 suka dengan masakan saya.
Bermula dari situ lah minat berniaga saya makin mendalam. Lagi-lagi memang sejak kecil cita-cita saya nak jadi usahawan berjaya. Sejak berhenti kerja saya mula menjinakkan diri dengan bisness online. Produk pertama saya masa tu adalah menjual tudung muslimah dari Tailor Minang Hijab (TMH). Setahun juga la saya menjadi agen TMH. Akibat peredaran fesyen...akhirnya design TMH semakin kurang sambutan dan perniagaan TMH jatuh keraba persaingan. Syukur lah beberapa bulan sebelum itu saya jumpa sahabat baru dalam kelas FB Ads di Shah Alam. Di situ saya mengenali saudari Masnida Mahayuddin pengasas tudung Needa Collection (NC) dan menjadi agen sah NC. Alhamdulillah...saya dah setahun dengan NC ni. Syukur kerana produk tudung labuh muslimah NC mendapat sambutan memberangsangkan oleh peminat tudung labuh di Malaysia.
Saya juga menjual dan menjadi agen kepada 2 lagi produk baru di pasaran iaitu Jamu Adara dan juga Gula-gula Kurus Mince.
In sya Allah.. Semoga dengan adanya blog ini akan dapat mengembangkan lagi bisnes online saya. Di samping itu dapat juga saya kongsikan beberapa tips² penjagaan kesihatan dalaman dan luaran kepada pengunjung blog saya. Semoga bisnes saya ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan sahabat² semua. Aamiin
Matlamat
Saya mendapat tahu mengenai kelas ABDR ini pun secara tidak sengaja. Saya ternampak satu iklan di FB dari seorang sahabat iaitu Anys Idayu Zakaria berkenaan kelas blog online. Sebenarnya niat nak buat blog sudah lama. Tapi disebabkan kekurangan ilmu, saya tangguhkan dulu. Sehinggalah saya mengenali puan Anys Idayu yang sudi berkongsi & mengajar ilmu blog secara online ini.
Matlamat utama saya menyertai ABDR ini adalah untuk mencari seorang guru yang dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam penulisan blog yang berkualiti dan boleh menarik minat pembaca. Dalam masa yang sama menarik mereka menjadi pelanggan setia saya. Dengan ini saya dapat memperkenalkan dan memperluaskan lagi pasaran bisnes tudung muslimah, Jamu Adara & Gula-gula Kurus saya
Kesimpulan
Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Puan Anys Idayu Zakaria di atas perkongsian dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Puan Masayu Ahmad yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan kami. Semoga saya masih belum terlambat untuk memulakan langkah pertama berniaga di laman blog alam maya demi mengubah kehidupan keluarga yang lebih selesa.
No comments:
Post a Comment