6 BAHAYA JIKA ANDA NAK KURUS, TAPI MINUM AIR SAHAJA
Teks Oleh : Roslina Awang
Entri 3
Siapa cakap kalau nak kurus, anda tak boleh makan langsung dan hanya minum air sahaja. Bahaya tu!!
Rasanya ramai di luar sana yang amalkan diet tidak sihat seperti ini. Hmmm...kononnya boleh kurus lebih cepat. Sebab tu sanggup tak makan apa-apa.
Awas ye...diet seperti ini boleh mambawa maut. Kenapa? Ok, jom kita lihat 6 bahaya yang boleh meragut nyawa sekiranya anda mengamalkan diet seperti ini:
1. Kekurangan Tenaga Dan Mungkin Jatuh Pengsan
Ini salah satu bahaya jika anda hanya minum air sahaja untuk kurus kerana badan anda tidak mempunyai apa-apa nutrien dan lesu. Jangan terkejut jika anda tiba-tiba pengsan.
2. Rasa Sakit Kepala Teramat Sangat
Jika anda hanya minum air sahaja, anda akan mengalami sakit kepala teramat sangat kerana badan anda tidak mempunyai apa-apa nutrien untuk terus hidup.
3. Denyutan Jantung Tidak Normal
Jika tiada apa-apa nutrien untuk tubuh, denyutan nadi anda menjadi tidak normal dan boleh membawa kepada komplikasi berbahaya.
4. Sistem Imunisasi Menjadi Lemah
Sistem imun anda boleh menjadi lemah jika amalkan diet air sahaja dalam tempoh yang lama. Bukan itu sahaja, anda juga boleh terdedah untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.
5. Mendatangkan Masalah Kepada Hati Dan Buah Pinggang
Buah pinggang dan hati anda juga boleh menjadi lemah apabila tahap imunisasi anda menjadi lemah kerana tubuh anda tiada mempunyai apa-apa nutrien.
6. Mati Mengejut
Ia jarang berlaku, tetapi tidak mustahil untuk berlaku pada anda. Jika anda mengamalkan dengan hanya meminum air sahaja, organ tubuh badan anda akan gagal berfungsi.
Haa...kau orang dah tahu kan kenapa bahaya diet untuk kurus hanya dengan minum air sahaja? Kalau tak nak terjadi masalah seperti di atas...jangan la obses sangat sampai tak nak makaye. Pilihan di tangan anda. Fikir-fikirkan lah.
Jadilah seorang yang bijak dalam menjaga kesihatan anda. Nak kurus cara mudah, sihat dan selamat? Apa kata anda cuba #gulagulakurus Mince. Rasanya sedap, hanya kemam2 sahaja. Jom kurus sihat cara selamat.
Order/Pertanyaan sila whatsapp:
+6010-5112725
Ikhlas dari,
Roslina
#gulagulakurus
Agen sah DiMar
My Blog List
Wednesday, 28 September 2016
Monday, 26 September 2016
FAKTOR SUKAR TURUN BERAT BADAN
Teks Oleh: Roslina Awang
Entri 2
Memiliki badan gemuk dan kurus adalah anugerah dari tuhan. Namun, jika terlalu gemuk atau kurus pun tak baik untuk kesihatan. Seringkali ramai yang mencuba berbagai diet untuk menurunkan berat badan, namun begitu sukar untuk menurunkannya. Dah penat jaga makan, bersenam, ambil ubat atau suppliment kurus...tapi tetap menemui kegagalan.
Oleh itu, selain menjalankan program diet menurunkan berat badan, anda sepatutnya mengetahui beberapa masalah yang mempengaruhi berat badan anda. Faktor-faktor berikut mungkin memainkan peranan:
1. Diet Tidak Teratur
Kadang-kadang sikap yang tidak berpendirian dan melakukan diet yang tidak teratur boleh menyebabkan berat badan turun naik. Jika mahu turunkan berat badan, komitmen yang tinggi pada diri sendiri amat penting dan tidak mudah goyah pada apapun. Lakukan sehingga anda dapat berat badan ideal pada diri anda.
Nafsu makan merupakan cabaran utama dalam usaha anda untuk kurangkan berat badan. Bukannya senaman, tapi kebolehan anda untuk mengawal nafsu makan.
Jagalah pola makan anda dan terapkan gaya hidup sihat. Sebolehnya berhenti merokok dan minum minuman beralkohol agar anda mendapat tubuh yang sihat selain turunnya berat badan.
2. Stress (Tekanan)
Jangan terlalu tertekan dengan pelbagai beban kehidupan. Tekanan berlebihan akan mengganggu mental dan memberi impak kepada pola pemakanan. Semasa tekanan, ia akan menghasilkan hormon kortisol yang menjadi penyebab timbulnya rasa lapar atau meningkatkan nafsu makan. Biasanya mereka akan tergoda dengan makanan tidak sihat seperti makanan segera dan makanan lain yang tidak sihat. Ini akan menyebabkan pengumpulan lemak di pinggang dan perut anda.
3. Kurang Tidur
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda kita dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Tau tak bila tak cukup tidur, kita akan lebih cenderung untuk makan banyak. Kenapa?? Sebab bila tak cukup tidur, hormon akan buatkan selera kita bertambah. Hormon dalam tubuh tidak akan berfungsi dengan maksimal. Makanan tak dapat dicerna dengan baik. Jadi tidak hairan la kita asyik lapar je bila tak cukup tidur.
4. Hormon
Kebanyakan wanita yang ada Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) mengalami masalah berat badan. Penyakit ini hasil daripada hormon yang tidak stabil. Antara simptom-simptom PCOS ialah period tak teratur, jerawat, bulu muka berlebihan, rambut terlalu nipis dan sukar mengandung. Kenaikan berat badan bukan disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan.
Penderita PCOS disarankan berjumpa doktor dan diberi ubat yang sesuai supaya dapat turunkan insulin dalam badan untuk seimbangkan hormon. Selain itu, disarankan anda yang ada PCOS untuk olahraga minimal 2 kali dalam seminggu.
5. Toksin
Badan kita kaya dengan toksin yang disimpan dalam sel lemah. Pengambilan ubat atau suplimen takkan membantu sekiranya kita tidak detox badan kita dulu. Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Bila usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Oleh itu detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin, ubat atau suplimen.
6. Hipotiroid
Berlaku bila kelenjar tiroid tidak aktif, badan tidak akan mengeluarkan hormon tiroid yang cukup untuk membantu membakar lemak. Akibatnya kadar metabolisma menjadi rendah sekaligus mempengaruhi kenaikan berat badan kerana badan akan menyimpan lebih lemak berbanding membakarnya. Terutamanya jika kita tidak aktif secara fizikal.
Masalah ini perlu rawatan agar hormon tiroid menjadi seimbang dan metabolisma tubuh kembali normal.
7. Kurang Minum Air Putih
Jika ingin turunkan berat badan, sebaliknya hindari minuman bergas dan mengandungi kandungan gula yang banyak. Minuman seperti ini akan membuat kalori yang masuk dalam tubuh berlipat kali ganda.
Cara mengatasinya, anda perlu minum air mineral atau air putih yang lebih banyak. Biasanya 2 ke 3 liter sehari.
8. Makan Malam
Hasil kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Ini kerana pada waktu tidur, tubuh tak dapat mencerna makanan dengan baik sehingga kalori yang ada dalam tubuh akan menjadi lemak tepu. Jika keinginan kita untuk makan malam menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan lemak yang rendah seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan atau roti oatmeal.
9. Malas Bersenam
Walaupun kita telah kurangkan pengambilan makanan, tapi mungkin kita tak dapat kecilkan bahagian pinggang kita yang berlemak tu tanpa senaman.
Kesimpulannya, badan kita akan lebih cepat berisi bila kita malas bersenam atau bersenam tetapi tidak konsisten.
10. Tak Bersarapan
Seorang yang melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Membiarkan perut kosong pada waktu pagi akan melambatkan metabolisma badan dan menahan lapar akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti banyak pada waktu tengahari. Maka, janganlah tinggalkan sarapan.
Ok, dengan mengetahui penyebab kenapa berat badan tidak turun, jadi bila anda dalam proses menurunkan berat badan perlu hindari perkara-perkara di atas. Semua faktor di atas penting dan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan jika di amalkan bersama dengan vitamin/ubat/suplimen kurus. Ia sangat2 membantu anda untuk kekal langsing dan mendapat berat badan ideal.
Menurunkan berat badan perlukan komitmen yang tinggi agar anda mendapat hasil yang memuaskan. Namun, jangan siksa tubuh anda dengan diet ekstrim kerana ketika diet kesihatan adalah paling utama.
Kadang-kadang bukan salah vitamin/ubat/suplimen pun sebab semua itu membantu tubuh kita metangsang proses penurunan berat badan.
Kredit : My Sumber, Dunia Fitness.com
Nak kurus cara mudah, sihat dan selamat? Apa kata anda cuba gula-gula kurus Mince. Rasanya sedap, masam-masam manis gitu. Memang berbaloi dan 97% menjadi... In Sya Allah. Saya guna, saya jual. Bukan sekadar menurunkan berat badan, susu ibu meriah & period pun teratur.
Whatsapp untuk order/pertanyaan ke no:
📞 +6010 5112725
Atau sila follow ig @kurus.seawal.2.minggu untuk melihat testimoni-testimoni dari kami
Ikhlas dari,
Roslina
Agen sah DiMar
#gulagulakurus
Tuesday, 6 September 2016
PENGENALAN DIRI
PENGENALAN DIRI
Entri #1
Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Salam perkenalan kepada anda semua warga blogger dan sahabat alam maya. Alhamdulillah...dengan izinNya saya diberi peluang untuk kita saling mengenali. Nama saya Roslina Awang, atau lebih dikenali sebagai Azmanie di kalangan sanak saudara dilahirkan pada Ogos 1977. Saya berumur 39 tahun, merupakan anak sulung dari 9 adik beradik (3 lelaki, 6 perempuan).
Saya dilahirkan dan dibesarkan di Bachok, Kelantan. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Bachok. Tamat pengajian saya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Syukur Alhamdulillah...perkenalan singkat yang hanya 3 bulan dengan suami akhirnya membuka pintu hatinya untuk melamar saya. Pertunangan kami agak lama iaitu selama 8 bulan, akhirnya di akhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 13 Mei 2004. Perkahwinan kami kini hampir menjejaki usia 13 tahun. Sepanjang perkahwinan ini kami di uji dengan ketiadaan zuriat, namun ikatan cinta dan kasih sayang kami tetap bertahan sehingga kini. Terlintas juga nak ambil anak angkat, tapi suami nak ikhtiar dulu selagi masih ada kesempatan. Semoga Allah memakbulkan doa kami untuk mendapat zuriat yang soleh/solehah suatu hari nanti. In sha Allah. Saya sentiasa berdoa semoga ikatan ini akan terus kekal hingga ke Jannah. Aamiin. Terima kasih buat suami tercinta En. Mohd Ridwan kerana tetap setia di sisi walau di uji dengan pelbagai ujian & dugaan oleh Allah swt. Saya sangat mengagumi beliau kerana tidak pernah melupakan tanggungjawab dan tetap setia di sisi seorang isteri yang banyak kekurangan ini.
Pendidikan
Saya mendapat pendidikan rendah dan menengah di Bachok, Kelantan...negeri asal kelahiran saya. Setelah tamat persekolahan, saya menyambung pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.
Pengalaman Kerja
Setelah tamat pengajian di UUM, saya mengikuti Skim Sangkutan Dan Latihan (SSL) bagi Lepasan Ijazah di Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Kelantan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia selama 8 bulan. Di sini sedikit demi sedikit saya menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang pekerjaan kerajaan.
Setelah tamat latihan, saya mula bekerja sebagai Record Technician di salah sebuah syarikat swasta di Damansara Uptown secara kontrak. Memandangkan syarikat berkenaan akan di tutup kerana akan tamat tempoh perjanjian kontrak kerja antara US dan Malaysia, saya mula mencari pekerjaan lain sebagai ganti. Akhirnya saya mendapat tawaran kerja sebagai Easy Payment Clerk di bahagian barangan elektrik di Giant Hypermarket USJ 1, Subang Jaya. Di sini saya menimba pengalaman menguruskan pinjaman ansuran antara pelanggan dengan AEON Credit Services.
Akhirnya saya mendapat tawaran kerja sebagai kerani di iCIMB (M) Sdn Bhd (dulu dikenali EPIC-i Sdn Bhd) iaitu anak syarikat kepada CIMB Bank bermula 26 Oktober 2004. Selepas 3 tahun saya dinaikkan pangkat kepada Pegawai Kerani. Saya diletakkan di bahagian Trade Processing Centre (TPC). Di TPC saya terlibat dengan urusan Inward/Outward Bill Of Collection & Dokumentary Credit / Letter Of Credit. Di sini saya menguruskan bil2 dan dokumen berkaitan dengan urusan jual beli (import/eksport) barangan dalam dan luar negara antara Bank, Seller (Applicant) dan Beneficiary menggunakan Banktrade System. Kerja saya di TPC lebih kepada background office dan tidak melibatkan urusan di kaunter bank. Ia suatu pengalaman yang sangat bermakna. Jika difikirkan semula, di sini saya banyak menimba ilmu dan pengalaman tentang pengurusan perniagaan yang melibatkan dokumen-dokumen yang diperlukan jika berurusan dengan pihak bank.
Pada June 2013 saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja apabila CIMB menawarkan skim berhenti kerja secara beramai-ramai melalui skim MSS (Mutual Separate Scheme). Saya menghantar permohonan dan permohonan saya diluluskan dan berakhir pada 30 Ogos 2013. Pada masa itu saya tekad berhenti kerja dan ingin fokus kepada bisnes online tudung. Kebetulan pada masa itu saya juga menghadapi masalah besar dalam rumahtangga. Tapi Alhamdulillah, segalanya telah selesai dengan izin Allah. Keputusan berhenti kerja pada masa itu diizinkan suami memandangkan pada masa itu kesihatan dan emosi saya kurang stabil.
Namun saya tetap bersyukur kerana walau di uji dengan ujian yang amat berat, akhirnya Allah memberi jalan keluar yang terbaik buat kami. Terima kasih juga kepada suami yang tidak pernah putus asa memberi semangat dan kasih sayang pada saya selama ini. Tak mungkin saya dapat mencari suami lain yang lebih baik dan penyabar seperti suami saya sekarang. Alhamdulillah.
Pengalaman Perniagaan
Sebenarnya saya sudah mula menjinakkan diri dalam bisness secara kecil-kecilan semasa bekerja lagi. Pada masa itu saya mengambil order Popia Simpul setiap kali musim Raya Aidilfitri. Kadang-kadang hari biasa pun ada yang order. Semua bermula dengan pot luck raya. Rakan sepejabat ramai hampir 100 orang. Jadi masa tu memang boleh buat duit sampingan la. Pernah saya dapat order mencecah RM1000 untuk tempahan Hari Raya daripada rakan sekerja sahaja. Tapi jangan cakaplah...penat duk pulun kuih raya ni. Lagipun masa tu saya masih lagi bekerja. Selain itu saya jual pernah mendapat tempahan makanan seperti nasi dagang, kueh mueh & laksam Kelantan. Alhamdulillah...rakan2 suka dengan masakan saya.
Bermula dari situ lah minat berniaga saya makin mendalam. Lagi-lagi memang sejak kecil cita-cita saya nak jadi usahawan berjaya. Sejak berhenti kerja saya mula menjinakkan diri dengan bisness online. Produk pertama saya masa tu adalah menjual tudung muslimah dari Tailor Minang Hijab (TMH). Setahun juga la saya menjadi agen TMH. Akibat peredaran fesyen...akhirnya design TMH semakin kurang sambutan dan perniagaan TMH jatuh keraba persaingan. Syukur lah beberapa bulan sebelum itu saya jumpa sahabat baru dalam kelas FB Ads di Shah Alam. Di situ saya mengenali saudari Masnida Mahayuddin pengasas tudung Needa Collection (NC) dan menjadi agen sah NC. Alhamdulillah...saya dah setahun dengan NC ni. Syukur kerana produk tudung labuh muslimah NC mendapat sambutan memberangsangkan oleh peminat tudung labuh di Malaysia.
Saya juga menjual dan menjadi agen kepada 2 lagi produk baru di pasaran iaitu Jamu Adara dan juga Gula-gula Kurus Mince.
In sya Allah.. Semoga dengan adanya blog ini akan dapat mengembangkan lagi bisnes online saya. Di samping itu dapat juga saya kongsikan beberapa tips² penjagaan kesihatan dalaman dan luaran kepada pengunjung blog saya. Semoga bisnes saya ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan sahabat² semua. Aamiin
Matlamat
Saya mendapat tahu mengenai kelas ABDR ini pun secara tidak sengaja. Saya ternampak satu iklan di FB dari seorang sahabat iaitu Anys Idayu Zakaria berkenaan kelas blog online. Sebenarnya niat nak buat blog sudah lama. Tapi disebabkan kekurangan ilmu, saya tangguhkan dulu. Sehinggalah saya mengenali puan Anys Idayu yang sudi berkongsi & mengajar ilmu blog secara online ini.
Matlamat utama saya menyertai ABDR ini adalah untuk mencari seorang guru yang dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam penulisan blog yang berkualiti dan boleh menarik minat pembaca. Dalam masa yang sama menarik mereka menjadi pelanggan setia saya. Dengan ini saya dapat memperkenalkan dan memperluaskan lagi pasaran bisnes tudung muslimah, Jamu Adara & Gula-gula Kurus saya
Kesimpulan
Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Puan Anys Idayu Zakaria di atas perkongsian dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Puan Masayu Ahmad yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan kami. Semoga saya masih belum terlambat untuk memulakan langkah pertama berniaga di laman blog alam maya demi mengubah kehidupan keluarga yang lebih selesa.

Subscribe to:
Posts (Atom)