My Blog List

Friday, 11 November 2016

Doa Seorang Ibu


*Ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun..!*

Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku..! Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca..! Pecah hancur berkecai..!

Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata,

"Mati engkau hendaknya..! Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang kau hancur..!”

Tahun demi tahun berlalu..! Anak lelakiku membesar, aku dah lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit..!

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar..! Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghurmati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain..!

Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang berjaya..! Tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu..!

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibaik-pulih. Maka pergilah anak aku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja, anakku pergi ke belakang bangunan tanpa disedari sesiapa pun. Dengan tak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya..!

Kedengaran suara berteriak di dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi..!

Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu..! Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan Ambulan.

Mereka tidak dapat mengangkat badan anakku. Ia remuk seperti kaca yang jatuh pecah berkeping-keping..!

Sebahagian mereka mengangkat badan  anakku yang hancur dengan berhati-hati dan segera membawanya ke Unit Kecemasan di Hospital..!

Ketika ayahnya menghubungiku, seakan-akan Allah menghadirkan kembali kata-kataku padanya semasa ia masih kecil dahulu..!

Aku menangis hingga pengsan. Bila sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat anakku..! Ketika melihatnya, aku seakan mendengar suara yang berkata,

"INI DOAMU KAN..? Sudah AKU kabulkan..! Setelah sekian lama engkau berdoa, sekarang Aku akan mengambilnya..!"

Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik. Anak aku menghembuskan nafasnya yang akhir..! Aku berteriak dan menangis sambil berkata,

"Ya Allah..! Selamatkanlah anak aku..! Jangan pergi nak..!"

Seandainya, lidah ini tidak mendoakan kebinasaan 25 tahun yang lalu..!
Andaikan..! Andaikan..! Andaikan..! Tetapi kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi waktu ini..!

Cerita ini dari satu kisah benar..! Pesananku pada para ibu..! Jangan sekali-kali terburu-buru mendoakan KEBURUKAN anakmu ketika kamu sedang marah..!

Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan..! Jika kamu ingin memukulnya, pukul sajalah..! Tapi jangan kamu mendoakannya dengan yang bukan-bukan sehingga kamu akan menyesal seperti aku..!

Sesungguhnya aku menulis ini dengan airmataku yang turut mengalir..!

Wahai anakku..! Aku rela rohku turut bersamamu..! Hingga aku boleh beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu..!

Tolong sebarkan cerita ini kepada semua wanita..! Doakanlah yang baik-baik saja untuk anak-anak..! Doa itu pasti akan terjawab walaupun untuk sekian lama..! Tunggulah dan Allah swt pasti akan mengkabulkan

#JagaEmosi
#JagaPerkataan
#akusayanganakku

Sumber: Perkongsian dari sahabat

Doa Amalan Penawar Sihir & Pendinding Syaitan

Teks : Roslina Awang
11 Nov, 2016

Kisah terjadi beberapa bulan yang lepas. Suatu petang jalan2 dengan suami. Tiba waktu maghrib terasa sakit dada bila tarik nafas panjang. Mula2 ingat sakit biasa sbb sblm ni pun pernah jadi. Selalu sapu ubat, baca Al-Fatihah letak tangan di dada & niat minta Allah sembuhkan...dah hilang sakitnya.

Tapi sakit kali ni lain macam. Selepas solat maghrib, pegi makan & balik rumah rasa semakin menjadi pula sakitnya. Minta tlg suami sapukan ubat....tetap sama. Dah pening memikirkan apa masalahnya. Saya terus solat isyak, baca yaasin & doa yaasin mohon disembuhkan. Tp tetap takde perubahan. Sambil termenung memikirkan apa penyebabnya di tikar sembahyang...akhirnya terfikir nak baca doa utk org terkena sihir & gangguan syaitan. Lantas saya ambil buku kecil terbitan Ustaz Harun Din bertajuk RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM.

Saya baca 4 ayat sahaja (setiap ayat dibaca 3 kali) sambil mohon pd Allah jika sakit yg saya alami berpunca dari perbuatan sihir / gangguan makhluk halus...semoga Allah beri kesembuhan. Alhamdulillah...setelah selesai baca & ditiup ke dada...rasa sesak nafas itu dah hilang. Allahuakbar. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

4 DOA tersebut ialah:
1. Doa pembatal sihir


2. Doa penunduk sihir


3. Ayat pendinding daripada sihir
    (An-Nisa Ayat 84, Surah Yusuf Ayat 64)

4. Ayat pendinding daripada syaitan
    (Surah Al-Mu'minum Ayat 97)

Sedikit perkongsian. Kisah benar pengalaman sendiri. Benar atau tidak disebabkan sihir atau gangguan saya tak pasti. Tak berani nak tuduh sape2. πŸ˜• Yang penting kita ikhtiar. In sha Allah. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Disamping itu jangan lupa amalkan ayatul Qursi, Al-Fatihah & 3 Qul setiap pagi dan petang.



Ikhlas dari,
Roslina Awang

Friday, 4 November 2016

KENAPA VITAMIN ATAU SUPPLIMENT YANG DI AMBIL TIDAK BERKESAN

Teks : Roslina Awang
Entri 15


PERSOALAN :
KENAPA VITAMIN/SUPPLEMENT TIDAK BERKESAN KEPADA SAYA?

Kenapa vitamin/supplement tak berkesan kepada saya? 😟
Kenapa ada yang 7 hari dah nampak kesan?



πŸ“ŒJAWAPAN:

Sebenarnya, kita disarankan mengambil apa-apa ubat/vitamin/suplimen secara konsisten selama 3 bulan supaya ia benar-benar mendapat keserasian dengan tubuh badan kita. Tetapi jika anda tidak mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin / suplimen berkenaan, anda perlu tahu kenapa ianya terjadi.

1. Tidak suka minum air putih / mineral / air kosong.
    Kebiasaannya masalah ini terjadi kepada mereka yang tidak cukup minum air. Anda disarankan mengambil 2-3 liter air putih sehari, kolagen berfungsi menyingkirkan toksin dalam badan. Selagi toksin ada di dalam badan, vitamin memang susah nk menyerap seluruh badan, jika boleh pun lambat.


2. Waktu makan yang tidak sesuai
    Waktu paling elok ambil vitamin adalah masa perut kosong, jadi disyorkan ambil sebelum tidur kerana semasa tidur, perut kita kosong dalam jangkamasa lama, jadi vitamin / suplimen senang bertindak. Jika perut penuh juga menyukarkan vitamin untuk bertindak. Jadi eloklah ambil 2 jam sebelum hendak tidur / 2 jam selepas makan malam.

3. Pengamal Kafein tegar.
    Kafein DAPAT mengganggu proses penyerapan vitamin dalam badan, jadi elakkan kafein 5 jam sebelum atau selepas mengambil vitamin yer. TAPI, KESAN YANG ANDA DAPAT ADALAH SANGAT PERLAHAN BERBANDING DENGAN ORANG YANG STOP TERUS MINUM KAFEIN.☕☕

4. Pengambilan vitamin / suplimen yang banyak dalam satu masa.
    Jangan mengambil bermacam-macam vitamin / suplimen dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Ini akan menyukarkan proses penyerapan vitamin ke dalam badan anda. Apabila di ambil dalam kuantiti yang banyak akan meningkatkan kepekatan darah. Ramai yang mengambil pada waktu hendak tidur, sedangkan waktu itu anda kurang mengambil air kosong yang sangat diperlukan dalam proses penyerapan vitamin ke dalam badan anda.
    Sebagai pengguna bijak, rancanglah pengambilan vitamin / suplimen secara bijak. Seeloknya jarakkan pengambilan antara vitamin / suplimen dalam masa 3 jam atau lebih bagi memastikan keberkesanannya.

5. Elakkan mengambil vitamin / suplimen secara serentak dengan ubat.
    Masalah ini biasanya bagi mereka yang di bawah pemantauan doktor. Sebaiknya elakkan mengambil vitamin serentak dengan ubat doktor.
    Ini kerana ia akan menyebabkan darah bercelaru di sebabkan oleh 2 perkara berbeza yang masuk ke dalam badan sekaligus. Ini menyebabkan darah tidak dapat menyerap vitamin / suplimen dengan sempurna.

.
Tak susah pun nak cantik... Cepat2 lah ubah tabiat.. sempat lagi kalau anda nak cantik ;) .
INGATLAH! > BANYAKKAN MINUM AIR. 2-3liter (JANGAN TERLEBIH MINUM SUDAH )
****
.
πŸ”΄ JANGAN MINUM KAFEIN, PRODUK TENUSU, TEH, AIR TIN
πŸ”΄ NAK MINUM AIR APA????? AIR MINERAL! AIR KOSONG! AIR PUTIH BERSIH! ;)
πŸ”΄ SANGAT DAN TERSANGAT MOLEK JIKA ANDA AMALKAN MINUM AIR SEGELAS SELEPAS BANGUN TIDUR TANPA GOSOK GIGI!!! SESETENGAH ORANG MESTI EEUUUUW KAN??? MAAF, TAPI IA SANGAT BAIK UNTUK DIGESTION ANDA ;)
(mula2 memang susah nak amalkan.. Tapi lama2 akan terbiasa dengan sendirinya.. bangun tidur terus minum air walapun tengah mamai lg.. haha)
.
πŸ’Š LEPAS ITU, BARU AMBIL VITAMIN/SUPPLEMENT KETIKA PERUT MASIH KOSONG TANPA MAKANAN / 30 MINIT SEBELUM SARAPAN PAGI @ 2 JAM SEBELUM TIDUR KETIKA PERUT SUDAH REHAT SEDIKIT DARIPADA MENERIMA SEBARANG MAKANAN.



NAK KURUS CARA MUDAH, CEPAT & SELAMAT??
πŸ“ŒTak perlu bancuh
πŸ“ŒTak perlu risau rasa tak sedap
πŸ“ŒTidak sebabkan cirit-birit
WHATSAPP sekarang:
+6010.511.2725
+6010.511.2725